Terma dan Syarat
1. Bayaran dalam RM. Cagaran adalah 50% dari jumlah bayaran tempahan. (No.akaun Maybank atau CIMB akan diberi melalui sms) 70% bayaran tempahan dipulangkan jika tempahan dibatal 1 minggu dari tarikh masuk untuk hari biasa atau 2 minggu dari tarikh masuk untuk hujung minggu/hari cuti. Wang tempahan tidak akan dipulangkan jika pembatalan dibuat lewat dari tempoh tersebut.
2. Baki bayaran tunai hendaklah dijelaskan sewaktu pendaftaran masuk.
3. Masa masuk adalah selepas 2.00 petang dan keluar sebelum 12.00 petang.
4. Jika jumlah penyewa/penghuni lebih dari jumlah tempat tidur yang disediakan, bayaran tambahan mungkin dikenakan (mengikut budibicara).
5. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
a. Memastikan barangan berharga dibawa bersama apabila meninggalkan D'Telipot Homestay.
b. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.
c. Semua suis elektrik dipadam selepas digunakan. Adalah wajib menutup kipas dan pendingin hawa bila meninggalkan rumah.
6.Penghuni perlu pastikan tidak melakukan kerosakan pada peralatan yang disediakan di dalam rumah. Jika terdapat kerosakan pihak pengurusan boleh meminta gantirugi (mengikut budibicara).
7.Deposit RM30.00 perlu semasa masuk rumah untuk alat kawalan jauh Astro, Pendingin hawa dan kipas. Wang deposit ini akan dipulangkan diakhir penginapan jika tiada kerosakan kepada alat tersebut.
PIHAK PENGURUSAN D' TELIPOT HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAP ATAS KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA DAN PENGHUNI ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING KERANA KELALAIAN MEREKA ATAU KEADAAN DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN.